Wednesday, April 2, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    1,600 warga Indonesia sertai solat Aidilfitri di KBRI

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APR – Seramai kira-kira 1,600 orang warga Indonesia hadir untuk bersama-sama menunaikan Solat Aidilfitri Berjemaah di perkarangan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, kelmarin.

    Pada majlis berkenaan, gema takbir berkumandang di halaman KBRI di Negara Brunei Darussalam.

    Duta Besar Republik Indonesia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Profesor Dr Achmad Ubaedillah dalam ucapannya pada majlis berkenaan berkata, “Alhamdulillah, kita dapat melaksanaan solat berjemaah pagi hari ini dengan penuh kemenangan. Mudah-mudahan suasana solat berjemaah seperti ini dapat mengubati rasa rindu kita terhadap kampung halaman kita.”

    Selepas solat berjemaah, khutbah Aidilfitri telah disampaikan oleh Tenaga Pengajar Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Mikdar Rusdi di mana dalam khutbahnya, mengajak jemaah yang hadir untuk terus mempertahankan seluruh ibadah dan amalan yang dilaksanakan selama bulan puasa Ramadan supaya terus dilaksanakan pada bulan-bulan lainnya.

    Beliau menyatakan bahawa kita sebagai umat muslim yang telah menempuh Madrasah Ramadan, harus mampu mempertahankan keimanan serta menjadi manusia yang bertakwa dan berkeperibadian mulia.

    Masyarakat di Negara Brunei Darussalam merayakan Hari Raya Aidilfitri pada 31 Mac sama dengan di Indonesia dan kebanyakan negara Islam di dunia.

    Antara warga Indonesia yang menghadiri Majlis Solat Aidilfitri Berjemaah di perkarangan KBRI di Negara Brunei Darussalam, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN KBRI DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    TYT Profesor Dr Achmad Ubaedillah semasa memberi ucapan pada majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN KBRI DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN KBRI DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    GAMBAR SERAHAN KBRI DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
    Suasana semasa majlis berkenaan yang diadakan di perkarangan KBRI di Negara Brunei Darussalam, Bandar Seri Begawan, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN KBRI DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda