Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    160,000 kanak-kanak Gaza terima vaksin polio

    RAMALLAH, 3 SEPT – Kementerian Kesihatan Palestin berkata kira-kira 160,000 kanak-kanak menerima dos pertama vaksin polio di tengah Semenanjung Gaza pada Ahad dan kelmarin, lapor Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA).

    Kementerian Kesihatan berkata dalam satu kenyataan akhbar, hari ini, bahawa pasukannya dengan kerjasama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memberikan vaksin kepada kanak-kanak di pusat-pusat bergerak dan ditetapkan kementerian dan UNRWA yang dihadiri ramai keluarga.

    Ia menunjukkan pemvaksinan akan diteruskan di tengah wilayah itu sehingga petang esok dan akan bermula di Khan Younis pada 5 September dan kawasan berhampiran selama empat hari dan akan bermula di Gaza dan utara pada 9 September selama empat hari. – Bernama

    Seorang pekerja kesihatan memberi vaksin Polio kepada kanak-kanak Palestin di Zawayda di tengah Semenanjung Gaza pada 1 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda