Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    162 warga Kementerian Pembangunan terima pingat

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JULAI– Seramai 162 orang pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya menerima Pingat Kerja Lama (PKL) dalam Majlis Penyampaian Pingat-pingat Kehormatan Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-77 Tahun bertempat di Dewan An-Naura, Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian pingat pada majlis berkenaan ialah Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid.

    Turut hadir ialah Setiausaha Tetap (Perancangan, Guna Tanah dan Alam Sekitar), Kementerian Pembangunan, Dr Nor Imtihan binti Haji Abdul Razak; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-Undang), Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh, ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan.

    Pengurniaan PKL itu adalah sebagai pengiktirafan dan penghargaan dari kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam atas jasa dan sumbangan kerja yang telah diberikan sepanjang berkhidmat dengan Kerajaan.

     

    Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyampaikan pingat kepada para penerima. – GAMBAR-GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda