Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    163 kes COVID dicatat

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Dalam masa satu minggu kebelakangan ini, kadar purata kes COVID yang dilaporkan di Negara Brunei Darussalam agak mendatar iaitu 171 kes sehari, berbanding kadar pada minggu sebelumnya iaitu 162 kes sehari.

    Sementara itu, sebanyak 14,433 keputusan ujian ART telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth dalam masa satu minggu di mana 8.2 peratus daripadanya adalah keputusan ujian ART yang positif.

    Kementerian Kesihatan dalam Siaran Akhbar COVID-19 Negara Brunei Darussalam yang dikeluarkan turut menyatakan tidak ada kes dalam kategori 5 hari ini, yakni yang memerlukan rawatan di unit rawatan intensif (ICU) manakala dua kes dalam kategori 4 yakni yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah pemantauan rapi.

    Selain itu, kadar liputan vaksinasi COVID di Negara Brunei Darussalam kekal berada di tahap yang tinggi setakat kelmarin (16 April), dengan 79.2 peratus daripada keseluruhan rakyat dan penduduk negara ini telah mendapatkan dos ketiga vaksin dan 12.1 peratus juga telah mendapatkan dos keempat.

    Manakala sebanyak 163 kes baharu telah dilaporkan hari ini iaitu 157 adalah hasil ujian ART dan enam kes telah dikesan dari ujian-ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda