Sunday, January 5, 2025
26.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    165 juta penduduk dunia berada di bawah garis kemiskinan – PBB

    NEW YORK, 14 JULAI – Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 165 juta orang di seluruh dunia berada di bawah garis kemiskinan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Disebabkan oleh pandemik COVID dan pergolakan ekonomi sejak 2020, wang harian golongan yang terjejas ini merosot di bawah had AS$3.65, menurut Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) hari ini.

    “Jumlah itu sebenarnya mungkin lebih tinggi sekiranya kerajaan tidak berbelanja untuk meningkatkan program keselamatan sosial dan pakej rangsangan semasa COVID-19.

    “Ini terutama bagi negara berpendapatan rendah yang bebannya menjadi tidak mampan pada masa ini.

    “Kerajaan tidak lagi boleh menggaji doktor dan jururawat di hospital, tidak dapat menyediakan ubat untuk pusat kesihatan luar bandar, yang pada dasarnya menghakis infrastruktur sosial negara,” kata pentadbir UNDP, Achim Steiner.

    Beliau berkata keadaan itu akan menjurus kepada kurangnya penjagaan kesihatan, pendidikan dan tiada jaringan keselamatan sosial.

    PBB memberi amaran bahawa 52 negara di dunia kini berada dalam perangkap hutang yang tidak dapat ditangani tanpa bantuan.

    Pada 2022, hutang awam dunia akan meningkat kepada AS$92 trilion, lima kali ganda berbanding tahun 2000.

    Sebanyak 40 peratus penduduk dunia atau 3.3 bilion orang tinggal di negara yang pembayaran faedah pinjaman melebihi perbelanjaan kesihatan atau pendidikan. – Bernama

    Seorang lelaki mencari makanan di dalam tong sampah di mana buah-buahan dan sayur-sayuran yang buruk dibuang di Pasar Sentral di Buenos Aires, pada 12 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda