Thursday, January 16, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    16,500 kakitangan Air Canada diberhentikan sementara

    OTTAWA, 31 MAC – Air Canada kelmarin mengumumkan akan memberhentikan sementara 16,500 pekerja akibat penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

    “Ia satu keputusan yang sukar tetapi tindakan itu terpaksa diambil memandangkan buat masa ini operasi syarikat semakin mengecil,” kata ketua eksekutif Calin Rovinescu menerusi satu kenyataan. Syarikat pener-bangan berpangkalan di Montreal itu menamatkan perkhidmatan kebanyakan laluan antarabangsa dan Amerika Syarikat.

    Kesatuan sekerja penerbangan Air Canada berkata sebelum ini, 5,149 kru kabin akan diberhentikan sementara kerana wabak COVID-19.

    Sementara itu, syarikat penerbangan kedua terbesar di Kanada, WestJet, berkata pada Selasa (24 Mac) kira-kira 7,000 pekerja diberhentikan.

    Terdahulu pada Isnin, WestJet membatalkan semua laluan di rentas Atlantik dan Amerika Syarikat sehingga 4 Mei, melanjutkan penggantungan 30 hari sebelum ini kepada dua minggu lagi. – Bernama

    Air Canada mengumumkan akan memberhentikan sementara 16,500 pekerja akibat penularan wabak COVID-19. – AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda