Wednesday, April 30, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    168 anak yatim terima sumbangan

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 10 MAC – Seramai 168 orang anak yatim dari Mukim Liang Lumut dan anak-anak bekas pekerja Brunei LNG Sdn Bhd (Brunei LNG), kelmarin, telah menerima sumbangan pada Kempen Sumbangan Anak-anak Yatim anjuran Brunei LNG sebagai persediaan bagi kedatangan bulan Ramadan.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad yang disambut oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Brunei LNG, Hajah Farida binti Dato Seri Paduka Haji Talib, yang bersama-sama menyempurnakan penyampaian sum-bangan.

    Turut hadir ialah penghulu dan ketua-ketua kampung dari seluruh kawasan Mukim Liang Lumut.

    Majlis dianjurkan oleh Badan Pekerja-pekerja Islam (BPPI) Brunei LNG dengan kerjasama Sukarelawan Kindness Project BLNGolden Hearts yang dianggotai oleh kakitangan Brunei LNG yang menggalakkan untuk menunjukkan keprihatinan dan penghargaan terhadap masyarakat.

    Sebagai badan pekerja Muslim di Brunei LNG yang mengetuai semua inisiatif Islam bagi pihak Brunei LNG, BPPI menganjurkan kempen derma anak yatim sabagi salah satu aktiviti tahunannya bersama-sama kempen amal lain, sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan dan aktiviti keagamaan lain.

    Hajah Farida semasa menyampaikan sumbangan.
    Haji Amirol Hafidzin turut menyampaikan sumbangan.

    Gambar ramai semasa majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda