Tuesday, October 1, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 asyik berjudi dicekup

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Seramai 17 orang yang dipercayai kaki judi dan terlibat dalam permainan perjudian jenis Pei Gow berjaya ditahan dalam satu serbuan yang dijalankan oleh keanggotaan dari Ibu Pejabat Daerah Polis Belait pada petang 15 Oktober di sebuah alamat di Jalan Maulana Kuala Belait.

    Suspek yang terdiri daripada 13 orang penduduk tetap, dua warga tempatan dan dua lagi warga asing, telah dibawa ke Balai Polis Panaga Daerah Polis Belait bagi menjalani siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka Penggal 28.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), perjudian merupakan satu kegiatan jenayah di negara ini di mana ia hanya membawa kerugian kepada seseorang individu, keluarga dan masyarakat.

    Justeru, orang ramai digalakkan untuk menghindari daripada terlibat dalam kegiatan judi dan menyeru agar berusaha dengan cara yang tidak menyalahi undang-undang, untuk mendapatkan hasil dan tidak bergantung kepada nasib dengan berjudi.

    Selain itu, PPDB juga akan berterusan membuat pemantauan serta risikan mengenai apa jua kegiatan-kegiatan jenayah dan PPDB ingin menyarankan kepada orang ramai agar dapat bekerjasama dan memberikan apa jua jenis maklumat dengan mengongsikan ke talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan serta boleh disalurkan melalui e-mel laman sesawang PPDB www.polis.gov.bn ataupun Instagram @upa.ppdb.

    Antara barangan yang dirampas oleh pegawai penguatkuasaan semasa serbuan yang dijalankan di sebuah alamat di Jalan Maulana Kuala Belait, baru-baru ini. – Gambar serahan PPDB

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda