Monday, July 1, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    17 bandar Itali dijangka diland gelombang haba

    ROM, 28 JUN – Sebanyak 17 bandar di Itali akan menerima amaran gelombang haba hujung minggu ini, kata Kementerian Kesihatan negara itu, kelmarin.

    Kementerian itu berkata 17 daripada 27 bandar di Itali yang dipantau akan berada di bawah amaran gelombang haba tahap dua mulai Sabtu, termasuk ibu kota Tuscany, Florence, ibu kota Sicily, Palermo dan ibu kota Itali, Rom, lapor Xinhua.

    Ketika sebahagian besar bahagian utara negara itu dijangka mengelak kenaikan suhu panas, bandar Trieste dan Verona di timur laut mungkin dilanda gelombang haba yang teruk.

    Kementerian mengumumkan bahawa amaran gelombang haba akan kekal berkuat kuasa sehingga sekurang-kurangnya Isnin.

    Kementerian mengesyorkan agar orang ramai di bandar terjejas teruk oleh gelombang haba supaya tinggal di dalam rumah antara 11 pagi hingga 6 petang waktu tempatan dan mengambil langkah berjaga-jaga lain untuk mengelakkan penyakit berkaitan haba.

    Menurut laman pemantauan cuaca Itali, II Meteo, suhu di lebih 10 bandar dijangka melebihi 40 darjah Celsius (104 darjah Fahrenheit) menjelang Sabtu, disebabkan arus cuaca panas yang bergerak ke utara dari Afrika. – Xinhua

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...