Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 belia ambil inisiatif bersihkan kampung

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 2 SEPT – Dalam mengisi masa lapang sempena cuti penggal persekolahan ini, 17 orang belia dari STKRJ Kampung Mumong telah menjalankan kempen kebersihan di kawasan sekitar kampung berkenaan, baru-baru ini.

    Dipimpin oleh kumpulan belia berkenaan, ia dijalankan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menanamkan sikap kebersihan dalam kalangan belia kampung sambil menghargai bagaimana kebersihan kampung memberi manfaat kepada penduduk.

    Lapan beg sampah telah dikumpulkan dari kawasan kampung tersebut terutamanya di taman permainan, di mana belia-belia kini dapat meluangkan masa bermain di kawasan yang bersih.

    Gambar ramai sebahagian remaja yang menyertai kempen kebersihan berkenaan. – Gambar serahan Kumpulan Belia STKRJ Mumong
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda