Monday, January 6, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 ditahan jual minyak secara haram di Myanmar

    YANGON, 3 JAN – Pihak berkuasa Myanmar telah menahan 17 suspek kerana menyimpan dan menjual minyak secara haram di wilayah Sagaing, barat Myanmar, lapor akhbar harian negara, The Mirror hari ini.

    Bertindak atas maklumat, pihak berkuasa, termasuk anggota keselamatan, telah menyerbu kemudahan penyimpanan minyak di lima lokasi di daerah Sagaing pada 27 Disember 2024, menurut laporan itu.

    Pihak berkuasa merampas 22 kenderaan dan 60,545 gelen minyak pelbagai jenis.

    Sebanyak 17 suspek telah ditahan berhubung dengan perdagangan minyak haram tersebut, lapor media itu.

    Siasatan mendapati bahawa minyak tersebut telah diangkut dari Mandalay. Suspek didapati menyimpan minyak secara haram dan mengedarkannya dengan harga lebih tinggi ke kawasan yang terjejas akibat konflik di Sagaing, Kachin dan negeri Shan utara.

    Penyimpanan dan penjualan minyak haram itu menyebabkan wujudnya pasaran gelap dan menggugat kestabilan pasaran minyak tempatan, menurut laporan itu.

    Kesemua suspek telah didakwa mengikut undang-undang negara tersebut. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda