Sunday, June 30, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    17 ditahan selepas cubaan rampasan kuasa di Bolivia

    LA PAZ, 28 JUN – Seramai 17 individu kebanyakannya anggota tentera telah ditahan di Bolivia kerana peranan mereka dalam cubaan rampasan kuasa yang gagal, kata Menteri Kerajaan Eduardo del Castillo, kelmarin.

    Pada Rabu, ratusan tentera yang diketuai oleh Jeneral Juan Jose Zuniga telah berarak ke Dataran Murillo, pusat kuasa politik Bolivia dan cuba menyerbu Istana Kerajaan lama dalam kudeta terhadap Presiden Luis Arce.

    Menurut del Castillo, siasatan menunjukkan perancangan kudeta itu bermula pada Mei dan ia didalangi oleh tiga kumpulan, termasuk kumpulan ‘persiapan dan perancangan’ yang diketuai oleh Zuniga dan Naib Laksamana Juan Arnez, yang telah ditahan pada Rabu malam.

    Anggota kumpulan kedua ‘organisasi dan koordinasi’ ditahan kelmarin dan kumpulan ketiga, yang digambarkan oleh del Castillo sebagai ‘yang paling ganas’, bertanggungjawab memasuki Dataran Murillo dengan menggunakan kereta kebal dan senjata tentera terhadap rakyat Bolivia, lapor Xinhua.

    Polis sedang mengesan tiga tentera yang kini menjadi pelarian. – Bernama

    Polis Bolivia menahan Juan Jose Zuniga, bekas komander jeneral Tentera Darat, di La Paz, Bolivia, pada 26 Jun 2024. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China keluarkan amaran merah susulan hujan lebat

    BEIJING, 30 JUN - China telah mengeluarkan amaran tahap merah berikutan hujan lebat yang melanda negara itu, kelmarin. Ia juga memberi amaran tentang kemungkinan bencana...