Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 geng penjenayah disabit bersalah di Belanda

    AMSTERDAM, 27 FEB – Mahkamah Belanda mensabitkan 17 suspek hari ini dalam perbicaraan panjang ke atas kumpulan kongsi gelap yang merancang beberapa siri pembunuhan. Hakim menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas tiga daripada mereka, termasuk pelarian yang paling dikehendaki di negara itu, Ridouan Taghi.
     
    Taghi dan beberapa defendan bersama tidak hadir pada hari terakhir perbicaraan mereka di sebuah mahkamah yang dikawal ketat di pinggir ibu kota Belanda. Anggota polis bersenjata lengkap memakai perisai badan, topi keledar dan topeng ski berkawal di jalan-jalan di sekitar mahkamah ketika kereta yang membawa beberapa defendan masuk ke tempat letak kereta bawah tanah untuk perbicaraan.
     
    Perbicaraan  itu dan tiga lagi pembunuhan yang berkaitan dengan kes itu telah  menggemparkan Belanda, mendedahkan realiti dunia jenayah yang didorong oleh dadah di negara itu.
     
    Abang kepada saksi utama, yang hanya dikenali sebagai Nabil B, peguamnya dan seorang wartawan yang bertindak sebagai orang yang dipercayai kepada saksi itu, semuanya terbunuh dalam hampir enam tahun sejak perbicaraan bermula.
     
    Peguam Derk Wiersum ditembak mati di luar rumahnya di Amsterdam pada 18 September 2019. Dua lelaki telah disabitkan kesalahan membunuh dalam pembunuhan itu.
     
    Wartawan, Peter R de Vries juga ditembak di Amsterdam ketika dia berjalan ke keretanya dari studio televisyen pada 6 Julai 2021. Dia meninggal dunia sembilan hari kemudian akibat kecederaannya.
     
    Pendakwa raya telah memohon hukuman penjara seumur hidup bagi tiga suspek dalam pembunuhan itu. – AP
     
    Sebuah kenderaan yang membawa suspek tiba di mahkamah keselamatan di Amsterdam, Belanda pada 27 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda