Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 ketua keluarga mangsa bencana terima bantuan

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Seramai 17 ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian banjir, kebakaran dan rumah roboh telah menerima bantuan kewangan kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), dengan majlis penyerahan bantuan yang berlangsung di Dewan Citra Budaya, KKBS, kelmarin.

    Hadir menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa-mangsa bencana ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Tiga daripada 17 orang ketua keluarga yang menerima bantuan kewangan adalah mangsa yang terlibat dalam kejadian kebakaran, satu ketua keluarga terlibat dalam kejadian rumah roboh, lima ketua keluarga terlibat dalam kejadian banjir serta lapan ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian angin kencang.

    Kesemua mangsa dan penghuni rumah yang terlibat dalam kejadian bencana berkenaan dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Pemberian bantuan kewangan berkenaan adalah bagi meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa-mangsa bencana demi kesejahteraan mereka sekeluarga.

    Usaha itu menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    ATAS & BAWAH : Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi menyampaikan bantuan kewangan kepada ketua-ketua keluarga pada majlis yang berlangsung di Dewan Citra Budaya, KKBS. – GAMBAR SERAHAN JAPEM
    GAMBAR SERAHAN JAPEM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda