Saturday, April 19, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 kompaun direkodkan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Sebanyak 17 kesalahan kompaun dicatatkan dalam dua operasi sekatan jalan raya mingguan yang dijalankan oleh Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) dengan menumpukan di beberapa lokasi kawasan Tutong dan Lamunin.

    Dalam operasi yang dikendalikan oleh anggota Balai Polis Lamunin dengan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Mohd Zulfadli bin Haji Awang Yusof, enam kesalahan kompaun yang melibatkan pemasangan pelekat plastik filem telah dilaporkan.

    Manakala itu, operasi yang melibatkan anggota Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong bersama Balai Polis Tutong dengan diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani pula mendapati 11 kes kompaun yang melibatkan kesalahan tidak memasang tali keselamatan, mengubahsuai kenderaan dan pemasangan cermin pelekat plastik filem.

    Antara tujuan operasi berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih berdisiplin sebagai pengguna jalan raya dalam sama-sama menjalankan tanggungjawab di atas jalan raya.

    PDB menasihatkan orang ramai supaya akan sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka.

    Pasukan Polis Diraja Brunei mengadakan sekatan jalan raya mingguan bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan lalu lintas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda