Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 maut dalam letupan di Lagos

    LAGOS, 16 MAC – Pihak berkuasa bandar Lagos berkata hari ini kematian yang disyaki disebabkan oleh letupan gas terlah meningkat kepada 17 orang, di mana para penyelamat mengali mayat-mayat di bawah serpihan.

    Letupan yang berlaku berhampiran dengan saluran paip minyak tersebut telah memusnahkan bangunan-bangunan dan kenderaan dan turut memusnahkan kawasan tempat tinggal.

    “Sebanyak 17 mayat telah dijumpai di bawah serpihan manakala 25 orang lagi tercedera dan telah dirawat di tempat kejadian,” kerajaan setempat Lagos menulis dalam Twitter.

    Jumlah kematian tersebut meningkat dari angka yang diberikan pihak berkuasa sebelum ini iaitu seramai 15 orang kelmarin. Menurut kerajaan setempat Lagos berkata pekerja-pekerja penyelamat dan agensi pemulihan ‘masih membersihkan serpihan di tempat kejadiaan. – AFP

    Pasukan penyelamat sedang berusaha membersihkan serpihan runtuhan selepas satu letupan yang mengakibatkan kerosakan bangunan dan kenderaan.- AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda