Wednesday, February 19, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 maut letupan di Pakistan

    QUETTA, Pakistan, 12 Mei – Sekurang-kurangnya 17 terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam letupan besar disyaki menyasarkan konvoi dinaiki seorang senator kanan di wilayah bergolak Balochistan dekat barat daya Pakistan, hari ini.

    Letupan di daerah Mastung, kira-kira satu jam di timur ibu kota wilayah Quetta itu menyasarkan sebuah kenderaan yang membawa Timbalan Pengerusi Senat Pakistan, Maulana Abdul Ghafoor Haideri.

    “Saya masih hidup, Allah menyelamatkan saya. Letupan berlaku secara tiba-tiba dan saya luka akibat serpihan cermin.

    “Pemandu dan seorang lagi penumpang di sebelah saya cedera parah,” kata Maulana kepada stesen televisyen swasta, SAMAA.

    Pentadbir hospital, Dr Daad Muhammad, berkata angka kematian setakat ini mencecah 17 orang manakala lebih 30 orang cedera.

    Belum ada kumpulan tertentu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

    Haideri adalah antara pegawai tertinggi Jamiat Ulema-e-Islam Fazl (JUI-F), salah satu parti politik agama yang paling berkuasa di Pakistan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda