Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    17 maut, media sosial disekat di Iran

    TEHRAN, 22 SEPT – Seramai 17 orang terbunuh pada enam malam berturut-turut di Iran berhubung bantahan ke atas kematian seorang wanita muda yang ditahan di bawah unit moral polis, lapor media kerajaan dalam kemas kini jumlah korban hari ini.

    “Tujuh belas orang, termasuk penunjuk perasaan dan polis, telah kehilangan nyawa mereka dalam beberapa hari ini,” lapor televisyen kerajaan.

    Jumlah korban sebelumnya adalah tujuh pembantah dan empat anggota pasukan keselamatan.

    Tiga anggota separa tentera ‘dikerahkan untuk menangani perusuh’ telah ditembak mati atau ditikam di bandar Tabriz, wilayah Timur Azerbaijan, Qazvin, di wilayah nama sama, dan Mashhad, di wilayah Razavi Khorasan, lapor agensi-agensi berita Iran.

    Seorang anggota pasukan keselamatan juga terbunuh pada Selasa semasa bantahan di Shiraz, wilayah Fars, menurut agensi.

    Sementara itu, Iran juga menyekat akses laman media sosial Instagram dan WhatsApp dan mengehadkan akses internet.

    “Sejajar dengan keputusan para pegawai, laman Instagram tidak lagi akan dapat diakses di Iran sejak malam kelmarin begitu juga aplikasi WhatsApp,” lapor agensi berita Fars.

    “Penduduk di Iran telah terputus hubungan daripada aplikasi dan perkhidmatan online,” kata ketua Instagram, Adam Mosseri dalam catatannya di Twitter. – AFP

    Gambar bertarikh 21 September menunjukkan para pembantah melaungkan slogan semasa bantahan ke atas kematian seorang wanita, di Tehran, Iran. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...