Sunday, September 15, 2024
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 mayat mangsa nahas helikopter ditemukan

    MOSCOW, 1 SEPT – Sebanyak 17 mayat mangsa yang terlibat dalam nahas helikopter Mi-8 terhempas di Semenanjung Kamchatka, timur Rusia telah ditemukan hari ini di lokasi kejadian, menurut Kementerian Kecemasan Rusia, lapor Sputnik.

    “Setakat ini, 17 mayat telah ditemukan. Pencarian mangsa masih diteruskan,” menurut kenyataan itu.

    Helikopter itu dilaporkan hilang daripada radar di kawasan berbukit pada Sabtu. Dilaporkan terdapat 19 penumpang dan tiga kru berada di dalam pesawat berkenaan.

    Kementerian Kecemasan berkata sembilan pasukan mencari dan menyelamat telah dihantar ke lokasi nahas. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda