Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 sertai asas kemahiran sukan paintball

    Oleh Lyna Mohamad

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 APRIL – Seramai 17 orang peserta didedahkan dengan perlawanan paintball semasa program Asas Paintball Kebangsaan DI Paintball Arena Jerudong, baru-baru ini.

    Acara dianjurkan oleh Persatuan Paintball Kebangsaan Brunei Darussalam (PANTAS) di mana semasa acara tersebut para peserta belajar mengenai asas paintball dengan mengenal pasti kebolehan peserta dalam menggunakan kelengkapan paintball.

    Aktiviti diteruskan dengan latihan menembak, di mana para peserta diajar bagaimana untuk menembak dengan tepat, menggunakan teknik tembakan pantas dan cara-cara lain termasuk belajar untuk memahami susun atur padang dan peranan kubu.

    Pada sesi sebelah petang, para peserta didedahkan dalam sesi Scrimmage Time, di mana mereka dibahagikan mengikut kemampuan mereka sebelum dimasukkan ke dalam posisi dan peranan berbeza bagi membentuk sebuah pasukan.

    Pada penghujung program, jurulatih menunjukkan bahagian yang telah diperbaiki oleh pemain dan diikuti dengan penyampaian sijil disampaikan oleh Presiden PANTAS, Pengiran Shahminan bin Pengiran Haji Abdul Rahim kepada peserta-peserta.

    Program bertujuan untuk memberikan kefahaman mengenai sukan paintball dan mempromosikan sukan di negara ini.

    Para peserta semasa mengadakan latihan menembak pada acara tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda