Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 tebusan Thai bakal pulang

    BANGKOK, 29 NOV – Seramai 17 tebusan Thai yang diculik dan ditahan selama berminggu-minggu di Semenanjung Gaza oleh Hamas dijangka pulang ke tanah air esok, kata pegawai.

    Kira-kira 13 warga Thai masih ditahan sebagai tebusan yang diculik oleh pejuang Palestin semasa serangan ke atas sempadan Israel bulan lalu, menurut Kementerian Luar Thailand.

    Kementerian tersebut mengesahkan hari ini bahawa 17 rakyat Thailand yang dibebaskan akan tiba di negara itu esok, mendarat di ibu negara Bangkok selepas tengah hari.

    Tebusan itu akan diiringi oleh Menteri Luar Thailand, Parnpree Bahiddha-Nukara, yang terbang ke Israel untuk bertemu dengan mereka awal minggu ini.

    Sepuluh daripada kumpulan itu telah dibebaskan pada Jumaat lalu, ketika gencatan senjata bermula selepas rundingan beberapa minggu yang diaturkan oleh Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat.

    Tujuh orang lagi dijangka dibebaskan oleh Hamas pada hari-hari berikutnya.

    Kumpulan itu telah menerima rawatan di sebuah hospital di Israel sejak pihak berkuasa bersiap sedia untuk membawa mereka pulang, kata pegawai Thai.

    Dua lagi tebusan Thai dibebaskan lewat kelmarin, namun seorang pegawai Kementerian Luar berkata mereka akan tinggal di hospital di Israel buat masa ini dan akan pulang kemudian. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda