Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 tengkorak manusia ditemui

    KAMPALA, 30 JULAI – Kira-kira 17 tengkorak manusia yang tertimbus dalam kotak logam ditemui di sebuah kuil yang disyaki di tengah Uganda, polis memberitahu AFP, hari ini.

    Bagaimanapun, kanak-kanak yang sedang mencari kayu api di luar kampung Kabanga berhampiran bandar Mpigi, kira-kira 40 kilometer ke barat ibu kota Kampala, telah menemukan benda yang mengerikan itu kelmarin, menurut media tempatan.

    Polis berkata, penduduk di kawasan itu telah memberitahu pegawai bahawa terdapat kotak logam mengandungi tengkorak yang ditanam di sebuah kuil.

    “Kami dengan pantas bergerak masuk dan menggali tempat itu, setakat ini kami telah menemui 17 tengkorak manusia,” kata jurucakap polis wilayah, Majid Karim kepada AFP.

    “Kami sedang menjalankan lebih banyak penggalian untuk memastikan tiada lagi tengkorak selain daripada yang kami jumpai setakat ini,” katanya.

    Beliau menambah bahawa mayat sedang diperiksa untuk menentukan umur dan jantina mereka, serta bila mereka telah ditanam.

    Beliau menggesa orang ramai untuk bertenang, kerana didapati beberapa orang penduduk telah terkejut dengan penemuan itu.

    “Pegawai akan menyiasat perkara ini untuk mengenal pasti keadaan pemulihan tengkorak tersebut di samping mencari dalang yang telah melakukan perbuatan ini,” kata Karim.

    Media tempatan melaporkan penduduk sebagai berkata bahawa orang ramai sebelum ini berkumpul di lokasi tersebut untuk beribadat. – AFP

    Envato

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda