Monday, April 22, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    17 trak bantuan memasuki Gaza

    RAFAH, 22 OKT – Konvoi 17 trak bantuan memasuki Gaza dari Mesir hari ini ketika Israel mempergiatkan serangan ke atas wilayah Palestin yang berdepan situasi krisis kemanusiaan yang teruk dalam perang yang dicetuskan oleh serangan berdarah Hamas.

    Ketika kebimbangan memuncak dengan kebakaran yang lebih meluas, Iran memberi amaran bahawa rantau itu boleh ‘tidak terkawal’ dan Pentagon bergerak untuk mengukuhkan pasukannya di Timur Tengah.

    Pejuang Hamas menyerbu Israel dari Sempadan Gaza pada 7 Oktober dan membunuh sekurang-kurangnya 1,400 orang, kebanyakannya orang awam yang ditembak atau dibakar sehingga mati pada hari pertama serbuan, menurut pegawai Israel.

    Ia merupakan serangan paling teruk ke atas orang awam dalam sejarah Israel dan kebetulan berakhirnya cuti keagamaan Sukkot.

    Tindak balas pengeboman Israel telah membunuh lebih 4,600 rakyat Palestin, terutamanya orang awam, menurut kementerian kesihatan yang dikendali Hamas.

    Lebih 40 peratus rumah di Gaza telah rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memetik pihak berkuasa tempatan dan Israel telah menghentikan bekalan makanan, air, bahan api dan elektrik.

    Penghantaran bantuan hari ini melalui persimpangan Rafah merupakan operasi kedua seumpama itu dalam dua hari selepas 20 trak tiba kelmarin.

    PBB menganggarkan kira-kira 100 trak setiap hari diperlukan untuk memenuhi keperluan 2.4 juta penduduk Gaza memandangkan Gaza dalam krisis kemanusiaan yang serius dan sangat teruk.

    Israel telah mengumpulkan puluhan ribu tentera di sekitar kawasan untuk serangan darat.

    Israel meningkatkan serangannya semalaman dan membunuh ‘puluhan pejuang’ di dalam dan sekitar Kota Gaza, termasuk timbalan komander rangkaian roket Hamas, kata jurucakap tentera, Daniel Hagari hari ini.– AFP

    Trak bantuan kemanusiaan untuk Sempadan Gaza masuk dari Mesir di Rafah pada 21 Oktober. – AP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parti Presiden Maldives dijangka menang besar dalam pilihan raya

    NEW DELHI, 22 APRIL - Parti Presiden Mohamed Muizzu dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Parlimen Maldives, kelmarin. Menurut media tempatan, parti Muizzu Kongres Nasional...