Saturday, November 16, 2024
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    17 Usahawan Bakarih Yayasan perkenal produk

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 NOV – Sebagai usaha untuk menyokong para pengusaha tempatan dalam mengukuhkan portfolio perniagaan serta meluaskan rangkaian pemasaran produk mereka, Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (Yayasan) telah mengadakan Hari Bakarih Yayasan 2024 (HBY2024) yang berlangsung di Kompleks Yayasan, di ibu negara bermula hari ini hingga 1 Disember.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Pelancaran HBY2024 telah disempurnakan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Pengerusi Jawatankuasa Meneliti Bantuan-bantuan Yayasan.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    HBY2024 merupakan platform perniagaan bagi memperkenalkan produk-produk yang dihasilkan oleh para Usahawan Bakarih Yayasan iaitu pengusaha yang dilahirkan melalui program bantuan modal perusahaan atau perniagaan di bawah Skim Pembiayaan Kebajikan Yayasan.

    Seramai 17 Usahawan Bakarih Yayasan yang mengusahakan pelbagai perusahaan menyertai aktiviti jualan tersebut.

    ATAS & BAWAH : Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi ketika mengunjungi petak jualan Hari Bekarih Yayasan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama turut mengunjungi petak jualan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    HBY2024 dianjurkan buat kali ketiga merupakan inisiaitif Yayasan bagi menyediakan ruang strategik sebagai sokongan kepada para pengusaha tempatan dalam mengukuhkan portfolio perniagaan serta meluaskan rangkaian pemasaran produk mereka.

    Inisiatif tersebut adalah selaras dengan salah satu matlamat strategik Yayasan iaitu mendukung pencapaian taraf sara diri dengan membantu meningkatkan tahap sara diri golongan sasaran melalui program keusahawanan supaya mereka mampu berdikari meningkatkan potensi diri dan mampu meningkatkan taraf kehidupan keluarga.

    HBY2024 turut disertai oleh agensi-agensi yang merupakan rakan strategik Yayasan iaitu Keusahawanan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Konsortium Muallafpreneurs, PROPAZ dan BIBD SEED.

    Beberapa usaha yang dilahirkan melalui program berkenaan turut menyertai aktiviti jualan sepanjang HBY2024 berlangsung.

    Selain daripada aktiviti jualan, pelbagai aktiviti menarik juga dise-diakan bagi para pengunjung seperti fun fair, memanah, amazing race, melukis wajah dan henna, pertandingan makan, membuat mini lego, membuat teh tarik, kempen derma darah, peraduan mewarna dan bermacam-macam lagi.

    Sebahagian daripada pendapatan acara fun fair tersebut akan disumbangkan kepada Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Untuk Anak-anak Yatim (DANA).

    HBY2024 dibukakan untuk kunjungan orang ramai bermula pukul 3 petang hingga 9 malam.

    Orang ramai dialu-alukan hadir untuk memeriahkan acara tersebut bagi menyokong para pengusaha tempatan terdiri daripada golongan sasaran Yayasan yang mahu bakarih, sanggup bajarih untuk balurih.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda