Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    170 kakitangan BLNG hadir taklimat jenayah siber

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Seramai lebih 170 orang pegawai dan kakitangan Syarikat Brunei Liquefied Natural Gas (BLNG) telah menyertai Taklimat Penipuan Dalam Talian yang disampaikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).

    Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad dan diadakan secara bersemuka melibatkan kira-kira 70 orang peserta serta sekitar 100 orang lagi mengikuti sesi tersebut secara maya.

    Atas & Bawah: Antara suasana semasa Taklimat tersebut. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN PPDB

    Antara isu yang diketengahkan dalam taklimat berkenaan termasuk modus operandi penjenayah siber yang mencipta akaun palsu di media sosial bagi tujuan mendapatkan keuntungan wang secara haram, yang jelas bertentangan dengan undang-undang negara.

    Para peserta turut dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati serta tidak mudah mengongsikan maklumat peribadi, terutama apabila menerima tawaran mencurigakan atau cabutan bertuah yang dijalankan secara dalam talian.

    Melalui inisiatif ini, PPDB berharap kesedaran yang diberikan akan dapat memberi impak positif dan membantu dalam mengurangkan statistik jenayah siber yang semakin meluas di Negara Brunei Darussalam.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda