Tuesday, October 8, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    170 pelumba sertai kejohanan Tour Gateh D’Tranung 2024

    KUALA TERENGGANU, 7 OKT – Seramai 170 pelumba daripada 25 pasukan dari dalam dan luar negara akan menyertai kejohanan berbasikal Tour Gateh D’Tranung 2024 bermula 22 hingga 28 Oktober ini.

    Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata penganjuran kali ketiga yang disertai 12 kelab tempatan dan 13 kelab profesional itu menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000.

    Beliau berkata sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu Individu Keseluruhan, Raja Pecut, Raja Bukit, Kelab Terbaik Tempatan dan Terbaik Bawah 23 Tahun.

    “Antara pasukan tempatan yang bertanding ialah Terengganu Cycling Team (TSG), Armed Forces Cycling Team, Majlis Sukan Negara Malaysia, Selangor Cycling dan Propain Cycling Team.

    “Pasukan luar negara pula adalah Global Cycling Team dari Belanda, Australia Velofit Cycling Team dan Nc Pro Cycling Team masing-masing dari Australia dan Indonesia.

    “Selain itu, kita juga terima penyertaan daripada kelab China, Singapura dan Thailand,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Iman hari ini. Mengulas lanjut, Hishamuddin berkata pelumba akan mengharungi lima peringkat perlumbaan sejauh 671.3 kilometer bermula dari Dungun hingga ke Kuala Terengganu. – Bernama

    Gambar Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda