SANYA, CHINA, 28 NOV – Polis di selatan wilayah Hainan China berjaya mematahkan rangkaian sindiket penipuan kad kredit melibatkan 500 juta yuan (AS$71 juta), lapor agensi berita Xinhua.
Biro keselamatan awam perbandaran Sanya berkata 12 suspek ditangkap dan lebih 1,700 kad kredit dan 300 mesin point of sale (POS) dirampas.
Sindiket menggunakan maklumat penduduk secara haram untuk memohon kad kredit dan kemudian mengeluarkan duit dengan menggunakan mesin POS, jenayah itu menyebabkan sektor kewangan di wilayah terbabit turut terjejas, kata polis. – Bernama