PARIS, 30 Mei – Anggota keselamatan mengerahkan kira-kira 1,700 orang yang tinggal dalam khemah sementara kem migran terbesar di ibu negara Perancis supaya akan berpindah dari sepanjang terusan kawasan itu.
Mereka akan ditempatkan buat sementara waktu di lebih daripada 20 tapak di seluruh rantau Paris sementara pihak berkuasa memeriksa identiti mereka, kata Menteri Dalam Negeri Gerard Collomb dalam satu kenyataan.
Polis rusuhan CRS dikerahkan pada awal waktu pagi, ada di antara mereka tiba dengan bot, tatkala para migran keluar dari khemah mereka dan menunggu untuk dibawa dari kem Port de la Villette di timur laut Paris.
“Kami tidak tahu ke mana kami akan pergi,” kata seorang warga Libya yang sampai di Paris tujuh bulan lalu dan memberikan namanya sebagai Issam.
“Kehidupan sukar di sini,” tambahnya, sambil memegang bagasinya.
Kem ‘Millenaire’ atau Milenium menjadi tempat tinggal kepada kebanyakan migran Sudan, Somalia dan Eritrea.
Dua tapak kem yang sama di ibu negara di Terusan St Martin, yang menempatkan 800 migran Afghan dan Porte de la Chapelle, tempat tinggal kepada 300-400 orang, juga akan dikosongkan, kata pengawas serantau Michel Cadot. – AFP