Sunday, May 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    173 pesakit COVID ambil ubat Paxlovid sembuh sepenuhnya

    KUALA LUMPUR, 12 MEI – Seramai 173 pesakit COVID yang diberikan ubat antiviral Paxlovid telah sembuh sepenuhnya dan tiada sebarang kesan sampingan dilaporkan hingga 9 Mei lepas, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

    Beliau berkata penggunaan ubat antiviral itu bagi merawat pesakit COVID telah dimulakan sejak 15 April lepas di 512 Pusat Penilaian COVID (CAC) di klinik kesihatan dan 78 hospital kerajaan.

    “Setakat ini, keutamaan pemberian rawatan Paxlovid adalah kepada kumpulan pesakit COVID berisiko tinggi yang mengalami gejala ringan hingga sederhana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Antara kriteria pesakit COVID yang diberi keutamaan adalah berumur 18 tahun dan ke atas, jangkitan COVID-19 kategori 2 dan 3, tidak memerlukan terapi oksigen serta golongan berisiko tinggi mendapat jangkitan COVID yang teruk seperti pesakit diabetes, darah tinggi, buah pinggang, asma dan paru-paru kronik, jantung dan kanser. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda