Wednesday, September 18, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    176 pelajar SASHHB diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 SEPT – Seramai 176 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB) diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di dewan serba guna sekolah berkenaan, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Haji Shamshol bin Haji Omar, para jemputan khas dari Jabatan Pengajian Islam serta para ibu bapa dan penjaga pelajar.

    Majlis tersebut bertujuan memupuk para pelajar agar terus istiqamah dalam mendampingi Al-Quran sebagai pedoman hidup, di samping mengeratkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam usaha membimbing pelajar ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang diketuai oleh tetamu kehormat, diikuti bacaan Doa Sebelum Membaca Al-Quran oleh Awang Abdul Thaqif Al-Mahfuz bin Mohd Hamdi.

    Seterusnya, majlis menyaksikan para pelajar yang diraikan turut mempersembahkan bacaan surah-surah lazim dan bacaan Takhtim Al-Quran oleh pelajar-pelajar Tahun 10 sebelum di-susuli Doa Khatam Al-Quran oleh Awang Mohammad Adli Hafizh bin Ali.

    Majlis turut diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban oleh pelajar-pelajar Tahun 10 sebelum penyampaian sijil kepada para peserta khatam oleh tetamu kehormat.

    Majlis itu diadakan sebagai usaha untuk melahirkan rakyat celik Al-Quran dan menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai budaya, selaras dengan hasrat membentuk generasi Al-Quran dan negara zikir.

    Seramai 176 pelajar Tahun 6 SASHHB diraikan di dewan serba guna sekolah berkenaan. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Para pelajar yang diraikan selepas menerima sijil pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Bergambar ramai. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda