BEIJING, 27 Dis – Polis China di 10 rantau peringkat wilayah telah memberkas 177 orang suspek dalam kes penipuan telekom dan online, menurut Kementerian Keselamatan Awam (MPS).
Jumlah wang yang terlibat dalam kes ini melebihi 10 juta yuan, menurut MPS.
Kad-kad bank, telefon bimbit, kad-kad SIM dan komputer telah dirampas.
Polis di wilayah Jiangxi, timur China sedang menyiasat penipuan telekom pada Julai, mendapati kumpulan geng secara haram mendapat maklumat warganegara dari Internet dan mangsa-mangsa diperas ugut, menurut MPS.
Orang awam harus cepat menyedari tentang penipuan dan menghubungi pihak polis apabila menerima panggilan yang dikenali, menurut MPS.
Kes itu sedang dalam siasatan selanjutnya oleh MPS. – Xinhua