Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    177 pain darah berjaya dikutip

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 MAC – Sebanyak 177 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma darah selama dua hari yang dianjurkan oleh McDonald’s Brunei sempena ulang tahunnya yang ke-30.

    Kempen yang diadakan pada 27 Februari lalu dan hari ini itu juga sebahagian daripada projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) McDonald’s Brunei yang bertujuan untuk membantu masyarakat dan menambah bekalan darah di Tabung Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS).

    Turut hadir menderma darah dalam kempen tersebut ialah Pengerusi Makan Ceria Sdn Bhd, Awang Edzwan Zukri bin Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan, dan ahli Lembaga Pengarah Makan Ceria Sdn Bhd, Haji Ahmad Fahruddeen bin Haji Mohd Azrae.

    McDonald’s Brunei dalam kenyataannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang ramai yang menderma darah.

    Darah yang didermakan itu boleh membuat perubahan yang ketara dalam kehidupan seseorang, dan sumbangan mereka amat dihargai.

    McDonald’s Brunei juga menggalakkan generasi muda berani dan cuba menderma darah.

    Antara yang menyertai kempen derma darah anjuran McDonald’s Brunei bersempena de-ngan ulang tahunnya ke-30 tahun.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda