Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    178 peserta sertai SEL

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JULAI – Seria Energy Lab (SEL) mengakhiri bengkel pertunjukan sains yang diadakan secara eksklusif untuk peserta Pertandingan Pertunjukan Sains 2021, baru-baru ini.

    Pertandingan Pertunjukan Sains SEL yang dijalankan selama dua hariitu kembali dengan pengenalan kategori dan bengkel baharu untuk mempersiapkan dan membimbing para peserta bagi menghadapi pertandingan yang dianjurkan.

    Tahun ini SEL menerima seramai 178 peserta yang terdiri daripada pelajar dan profesional daripada sektor kerajaan dan swasta di seluruh negara.

    Bengkel ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu Kategori Junior untuk pelajar berumur 8 hingga 12 tahun, dan Kategori Terbuka untuk peserta berumur 13 tahun ke atas.

    Sementara itu bengkel dijalankan di pelbagai lokasi termasuk SEL, Sekolah Rendah Muda Hashim Tutong, Sekolah Menengah Lambak Kiri, dan Sekolah Ugama (Arab) Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha Katok.

    Pertandingan Pertunjukan Sains adalah program hiburan pendidikan unik yang dijalankan oleh SEL di mana para peserta akan menunjukkan satu siri eksperimen sains kepada penonton dengan kreativiti dan pemikiran yang inovatif.

    Melalui bengkel ini, para peserta dapat memahami pertunjukan sains sebenar dan persembahan pengetahuan konvensional kepada penonton.

    Pusingan saringan dijangka diadakan pada bulan September 2021 untuk menentukan pasukan yang akan mara ke pusingan akhir dengan format dan tema baharu iaitu ‘Bon Appetit’, ‘Science Wizardry’, dan ‘Infinity and Beyond’.

    Antara peserta yang menyertai bengkel pertunjukan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda