Ahad, 23 November 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    179 pelajar JIS cemerlang dalam IGCSE Jun 2023

    Oleh Syahmi Hassan –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Seramai 179 pelajar Tahun 11 Sekolah Antarabangsa Jerudong (JIS) telah mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan GCSE Antarabangsa (IGCSE) yang diduduki pada Jun lalu.

    Sebanyak 58.9 peratus daripada semua gred yang diberikan adalah sama ada gred A* atau A (Tahap 9, 8 atau 7) dan 92.9 peratus daripada pelajar menerima Gred A*-C (Tahap 9-4) secara keseluruhan. Terdapat juga beberapa prestasi mata pelajaran yang sangat kuat di seluruh sekolah.

    Li Jia Chong (rakyat Brunei) dan Mélanie Poulain (rakyat British) kedua-duanya mencapai 10 A* atau A (Tahap 9, 8 atau 7) dalam semua mata pelajaran mereka yang akan memberikan mereka asas cemerlang apabila memasuki Tahun 12 untuk belajar bagi program A Level (Li Jia Chong) dan program Diploma IB (Mélanie Poulain) sebagai persediaan ke universiti.

    Pelajar Biasiswa Kementerian Pendidikan, Haris Romi Irwin mencapai sembilan gred A*/A (Tahap 9-7). Turut mencapai sembilan A*/A ialah rakan sengara, Jia Hui Tan dan Abby Ting. Seramai 19 orang lagi pelajar antarabangsa turut mencapai sembilan A*/A.

    Pengetua JIS, Nicholas Sheehan dipetik berkata, “JIS amat berbangga dengan pelajar Tahun 11 kami bagi keputusan IGCSE yang cemerlang.

    “Pencapaian ini mencerminkan dedikasi dan kerja keras mereka, dan kami teruja untuk melihat mereka cemerlang sambil meneruskan perjalanan pendidikan mereka. Tahniah kepada semua pelajar kami atas kejayaan cemerlang mereka,” tambahnya.

    Haris Romi Irwin memperoleh sembilan gred A*/A. – Gambar serahan JIS
    Mélanie Poulain juga mencapai 10 A* atau A. – Gambar serahan JIS
    Li Jia Chong memperoleh keputusan 10 A* atau A dalam peperiksaan IGCSE Jun 2023. – Gambar serahan JIS

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda