NEW YORK, 8 OKT – Lapan belas bekas pemain NBA didakwa menipu skim insurans kesihatan liga hampir AS$4 juta, kata pendakwa raya New York kelmarin.
Para pendakwa menuduh, Terrence Williams, yang pernah bermain untuk New Jersey Nets dan Houston Rockets, dalang penipuan, di mana mereka mengatakan bahawa dia menerima rasuah berjumlah AS$230,000.
Glen ‘Big Baby’ Davis, yang merupakan sebahagian daripada pasukan Boston Celtics yang memenangi Kejuaraan NBA 2008 dan Tony Allen ahli Pasukan Pertahanan NBA enam kali juga didakwa dalam skim yang dijangka dijalankan dari 2017 hingga tahun lalu.
Mengikut dakwaan, tertuduh menipu kesihatan dan kebajikan pemain NBA dengan mengemukakan tuntutan penggantian palsu untuk perkhidmatan perubatan dan pergigian yang belum dilaksanakan.
Pendakwa raya Daerah Selatan New York mengatakan Williams merekrut pemain lain menyertai skim itu dengan menawarkan untuk memberi mereka invois palsu untuk menyokong tuntutan palsu mereka.
Dia ‘adalah dalang skim’, kata pendakwa utama Audrey Strauss kepada wartawan, sambil menambah bahawa dia berusaha menakut-nakutkan pemain yang tidak membayarnya dengan menyamar sebagai pekerja dari syarikat insurans.
Dakwaan tersebut menuduh bahawa tertuduh mengemukakan tuntutan palsu berjumlah AS$3.9 juta dan para pemain menerima bayaran palsu sekitar AS$2.5 juta.
Strauss mengatakan dalam beberapa keadaan, pengkomplot telah mengemukakan tuntutan palsu untuk rawatan yang gigi yang sama pada hari yang sama. – AFP
