Friday, December 6, 2024
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 Kadet Tentera UNISSA naik pangkat

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 NOV – Seramai 18 orang ahli Pasukan Kadet Tentera Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah dinaikkan pangkat dalam acara yang berlangsung di Dewan Auditorium, UNISSA, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis dan menyempurnakan penyampaian tanda pangkat ialah Pegawai Memerintah Kadet Tentera, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), 905 Mejar Saleha binti Haji Alim.

    Antara tujuan majlis adalah untuk memberikan penghormatan kepada ahli-ahli Pasukan Kadet Tentera UNISSA di sepanjang pengajian, selain memberikan semangat agar sentiasa bersatu padu dalam meneruskan perjuangan mereka.

    Pada majlis tersebut, seorang ahli telah dinaikkan pangkat ke staf sarjan, tiga dinaikkan pangkat ke sarjan, enam dinaikkan pangkat ke koperal dan selebihnya dinaikkan pangkat ke lans koperal.

    Majlis tersebut diharapkan dapat menguatkan lagi semangat para ahli Pasukan Kadet Tentera UNISSA dan akan sentiasa bersedia berkhidmat, di samping memberikan yang terbaik dalam apa juga bidang yang diceburi sama ada di dalam mahupun di luar aktiviti kadet tentera.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) UNISSA, Dr Supri bin Haji Sudin, para pegawai serta pegawai tadbir Pasukan Kadet Tentera ABDB.

    Dr Supri, 905 Mejar Saleha dan ahli Pasukan Kadet Tentera UNISSA yang dinaikkan pangkat bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA
    905 Mejar Saleha menyempurnakan pemasangan tanda pangkat kepada salah seorang Kadet Tentera UNISSA semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UNISSA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda