BOGOTA, 1 MEI – Sekurang-kurangnya 18 orang maut manakala 33 lagi cedera apabila sebuah bas penumpang terjunam ke dalam gaung di barat Mexico kelmarin.
Pemandu bas terbabit dilaporkan hilang kawalan sebelum kenderaan itu terjunam ke dalam lembah sedalam beberapa meter di Lebuhraya Tepic-Puerto Vallarta, lapor agensi Anadolu.
Pejabat pendakwa raya di Nayarit memaklumkan bas itu dalam perjalanan ke Guayabitos dari Guadalajara.
Siasatan berhubung kemalangan telah dilancarkan.
Menurut data dari Institut Kesihatan Awam Negara Mexico (INSP), Mexico menduduki tempat ketujuh di dunia dan ketiga dalam kalangan Amerika Latin membabitkan kemalangan jalan raya yang membawa maut. – Bernama