Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 maut dalam serangan bom kereta

    BEIRUT, 6 OKT – Sebutir bom kereta membunuh 18 orang hari ini, kebanyakannya orang awam, di bandar Al-Bab di utara Syria, kata badan pengawas peperangan.

    Letupan berhampiran sebuah stesen bas di bandar itu juga mencederakan sekurang-kurangnya 40 orang, ada di antaranya parah, lapor Pihak Berkuasa Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain.

    Turki dan proksi Syria mengawal beberapa kawasan wilayah di sempadan Syria berikutan tiga serangan tentera sejak 2016. Tidak adanya pihak yang mengaku bertanggungjawab atas pengeboman kereta itu, namun terdapatnya beberapa siri serangan di Al-Bab sejak ia ditawan oleh tentera Turki daripada kumpulan Islamic State (IS) pada 2017. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda