Tuesday, March 18, 2025
22.7 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

18 maut, lima cedera dalam nahas bas

QUITO, 8 DIS – Sebuah bas bertembung dengan sebuah kereta di selatan Ecuador, membunuh kira-kira 18 orang dan mencederakan lima yang lain, kata pegawai penyelamat kelmarin.

Kemalangan itu berlaku Jumaat lalu di wilayah Loja Ecuador yang bersempadan dengan Peru.

Menurut pejabat pendakwa raya, jumlah kematian telah meningkat daripada 16 kepada 18 orang.

Bas itu bertembung dengan sebuah kereta yang sedang dalam perjalanan dari arah bertentangan dan terbalik, menurut media tempatan.

Gabenor Loja, Alexandra Jara, menyampaikan takziah kepada keluarga yang terjejas oleh peristiwa malang itu.

Kemalangan jalan raya adalah antara punca utama kematian di Ecuador. – AFP

PHOTO: ENVATO
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda