Washington, 23 Jan – Ribut hujung minggu melanda tenggara Amerika Syarikat, membunuh 18 orang tatkala keadaan yang teruk itu mengakibatkan kemusnahan, kata pihak berkuasa. Keluarga di Dougherty County di negeri Georgia berkumpul di tepi jalan raya kelmarin, memerhatikan kemusnahan rumah, kereta dan pokok yang tumbang, mengikut video yang disiarkan oleh pengerusi suruhanjaya daerah Chris Cohilas.