KUALA BELAIT, 30 Jan – Seramai 18 orang mualaf wanita telah berjaya menamatkan Kursus Skim Bimbingan Asas Mualaf Wanita Siri ke-187 bagi Tahun 1439Hijrah/2018 Masihi dan menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, hari ini.
Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Haji Roslan bin Haji Ratu, selaku tetamu kehormat majlis.
Skim yang telah diadakan selama 14 hari bermula 15 Januari lalu itu telah dimuatkan dengan beberapa pengetahuan tentang tauhid, kebersihan, makanan dalam Islam, akhlak, praktikal, ibadat dan sebagainya.
Dalam ucapannya, Haji Roslan menyeru semua peserta skim tersebut untuk sentiasa mengamalkan segala ilmu pengetahuan yang telah diajarkan, sambil menekankan bahawa setiap ilmu perlulah diamalkan untuk mendapat barkah sepanjang masa. (Klik di sini untuk cerita lanjut)