Tuesday, February 11, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 mualaf terima sijil

    TUTONG, 3 FEB – Seramai 18 orang peserta mualaf lelaki yang menyertai Skim Bimbingan Asas Mualaf Siri Ke-197 selama 14 hari bermula pada 17 Januari hingga 2 Februari telah menerima sijil masing-masing pada majlis penutup yang telah diadakan di Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong, kelmarin.

    Hadir bagi menyampaikan sijil penyertaan dan hadiah ialah Pemangku Ketua Unit Dakwah Daerah Tutong, Dayang Zikrinaidah binti Haji Mat Dikir.

    Skim asas ini juga diadakan secara serentak di Pusat Dakwah Islamiah (PDI), di Unit Dakwah Daerah Belait dan Temburong.

    Antara objektif skim berkenaan adalah untuk meneruskan bimbingan kepada mualaf antaranya dalam menghalusi dan meningkatkan lagi ilmu pengetahuan agama Islam terutama dalam bidang akidah, ibadah dan akhlak.

    Sepanjang tempoh skim asas tersebut dijalankan, para peserta berpeluang mempelajari ilmu asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah iaitu Iqra, Hafalan, Tauhid, Fiqh, Praktikal Ibadat, Sejarah Islam, Makanan dalam Islam, Akhlak Islam, Kebersihan dan Praktikal Penyembelihan.

    Dayang Zikrinaidah bergambar ramai bersama peserta mualaf. – Gambar serahan KHEU
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda