Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    18 pelajar Darjah 6 dirai

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JUN – Seramai 18 orang pelajar Sekolah Ugama Tanjung Kindana, Sungai Bunga telah berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk Al-Quran dan diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran bagi Murid-murid Darjah 6 di Masjid Kampung Sungai Bunga, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat khas ialah Ketua Unit Perhubungan Awam, Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Izwandy bin Haji Hamdan yang mengetuai bacaan Surah Al-Fatihah bagi memulakan majlis.

    Majlis diteruskan dengan bacaan Surah Ad-Duha hingga Surah An-Naas oleh para peserta khatam terdiri daripada 12 orang lelaki dan enam orang perempuan.

    Kemudian, majlis diikuti bacaan Takhtim oleh para pelajar perempuan Darjah 4 dan 5 sekolah berkenaan. Manakala itu, Doa Khatam dibacakan oleh Awang Mohamad Haikal bin Harman.

    Majlis diserikan lagi dengan persembahan Dikir Asyraqal oleh pelajar-pelajar lelaki Darjah 4 dan 5 sebelum penyampaian sijil khatam oleh tetamu khas dan diakhiri dengan bacaan Doa Selamat.

    Majlis merupakan usaha pihak sekolah bagi menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran, di samping sebagai galakan bagi menjadikan pembacaan Al-Quran sebagai budaya dan amalan harian.

    Awang Izwandy menyampaikan sijil kepada para peserta khatam. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...