Saturday, May 10, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 pemancing, kru bot karam ditemukan selamat

    ALOR SETAR, 27 FEB – Pemancing dan kru yang dilaporkan hilang di perairan Langkawi selepas bot dinaiki mereka disyaki karam petang semalam ditemukan dalam keadaan selamat.

    Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata kesemua mangsa diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan.

    “Alhamdulillah pada 11.45 malam tadi, kesemua 18 pemancing dan kru bot yang karam itu telah dapat diselamatkan oleh nelayan tempatan sekitar 3 petang di kira-kira 10 batu nautika barat Pulau Singa Besar.

    “Kapal Maritim Tenggol dan juga Bot Penyelamat 5 yang juga berada di lokasi kejadian telah memindahkan atau mengambil semua 18 pemancing dan kru tersebut untuk dibawa ke jeti Maritim Malaysia di Bukit Malut, Langkawi,” katanya dalam sidang media malam ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda