Saturday, November 16, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 pendatang warga Myanmar ditahan di Tumpat

    KOTA BHARU, 26 MEI – Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) berjaya menahan 18 pendatang warga Myanmar yang memasuki Malaysia secara haram di Jalan Bunut Sarang Burung, Tumpat, semalam.

    Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua tersebut ditahan ketika sedang menaiki sebuah van yang dibawa dua lelaki tempatan dipercayai bertindak sebagai tekong, ketika sepasukan anggota PGA9 menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan, selepas menerima maklumat berhubung kegiatan tersebut.

    “Hasil intipan yang dilakukan pada 7:15 malam, anggota PGA9 ternampak sebuah van dalam keadaan mencurigakan menghala ke Jalan Pak Keral.

    Dengan bantuan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, van tersebut berjaya ditahan.

    “Sebaik van berhenti, dua lelaki bertindak keluar untuk melarikan diri. Bagaimanapun salah seorang telah berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan, manakala seorang lagi suspek berjaya lari ke dalam semak berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Muhamad Zaki berkata hasil pemeriksaan di bahagian belakang van telah menemukan 13 lelaki dan lima perempuan warga Myanmar, yang gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan diri yang sah dan disyaki memasuki negara ini dari negara jiran melalui jalan yang tidak diwartakan. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda