Wednesday, December 4, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    18 penjenayah dadah dipenjara sehingga 32 tahun

    LONDON, 3 DIS – Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara sehingga 32 tahun ke atas 18 anggota kumpulan jenayah antarabangsa di sebalik ‘konspirasi dadah terbesar yang pernah dikesan’ di Britain selepas perbicaraan jenayah paling lama di negara itu, kata polis hari ini.

    Rangkaian itu menyeludup heroin, kokain dan ganja bernilai beberapa bilion dolar untuk pengedar dadah di seluruh Britain dari 2015 hingga 2018, menurut Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom (NCA).

    Operasi itu begitu meluas sehingga memerlukan dua perbicaraan jenayah, dengan satu perbicaraan berlangsung selama 23 bulan – rekod di England dan Wales. Perbicaraan lain berlangsung selama sembilan bulan.

    Laporan mengenai kes dibuat selepas seorang hakim di Mahkamah Manchester Crown di utara England menarik balik sekatan media kelmarin berikutan keputusan dalam perbicaraan kedua.

    Ia mendedahkan NCA dan polis Belanda mula menyiasat kes itu pada 2018 selepas jenayah skala besar kumpulan itu berjaya dibongkar, kata polis.

    Gambar Envato

    Kumpulan itu dipercayai mengimport lebih 50 tan heroin, kokain dan ganja dalam pelbagai operasi penyeludupan berasingan.

    Juri mendengar bagaimana kumpulan itu menyembunyikan dadah dalam simpanan bahan makanan yang berbau kuat seperti bawang merah, bawang putih dan halia.

    “Perbuatan penjenayah sangat jelas,” kata pendakwa raya Andrew Thomas kepada mereka semasa dia membuka kes itu.

    Ketua kumpulan itu, Paul Green, 59, dipenjarakan selama 32 tahun selepas turut disabitkan kesalahan penipuan dengan memberikan maklumat palsu.

    Dua daripada 18 pesalah menerima hukuman 18 dan 20 tahun masing-masing selepas dipulangkan dari Belanda. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda