BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JULAI – Seramai 18 muslimah masjid dari Masjid Mohammad Jamalul Alam, Kuala Belait; Masjid Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Lorong 3, Seria; dan Masjid Az-Zakireen, Meragang telah mengikuti Kelas Kemahiran Membuat Roti yang berlangsung di Pusat Pembangunan Belia (PPB), Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan (KKBS).
Kelas yang diungkayahkan oleh Bahagian Hal Ehwal Muslimah, Jabatan Hal Ehwal Masjid (JHEM) dengan kerjasama PPB itu diadakan sebanyak tiga kali, yang mana kelas pertama yang diadakan kelmarin ialah bagi kelas kemahiran membuat roti canai dan tumpi.
Turut sama dalam kelas berkenaan ialah Ketua Bahagian Hal Ehwal Muslimah, JHEM, Dayang Noraini Yanti binti Haji Hussin.
Antara tujuan muslimah masjid mengikuti kelas tersebut adalah untuk memberikan pendedahan asas kepada para peserta khususnya mengenai kemahiran membuat roti yang kurang dipraktikkan di masa sekarang, di samping untuk melahirkan individu yang berdaya tahan.

