Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 DIS – Seramai 18 orang peserta terdiri dari pegawai dan kakitangan SEAMEO Voctech mengikuti kursus ‘Business Plan and Development’ yang sedang dijalankan oleh Pusat Serantau Seameo Voctech bermula hari ini sehingga esok.
Kursus dengan kerjasama LiveWIRE Brunei itu disampaikan oleh Awang Mohamad Fadhilullah Tudun bin Haji Hassan @ Mohamad Hasbolah Bobby selaku fasilitator dari LiveWire Brunei yang bermatlamat memberi kesedaran kepentingan memiliki pelan perniagaan inovatif dan relevan.
Kursus juga memberi peluang kepada para peserta membincangkan idea perniagaan mereka termasuklah dalam bentuk struktur perniagaan, pelan penulisan, produk atau perkhidmatan yang diketengahkan, penyelidikan pasaran, organisasi, strategi kewangan dan operasi dan sesi pembentangan pula sebagai penutup aktiviti kursus tersebut.
Ia akan diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada para peserta oleh fasilitator dari LiveWIRE Brunei esok.
