Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Syarikat Al-Abraj Travel & Tours Sdn Bhd dan Syarikat As-Safa Travel & Tours Sdn Bhd telah diberikan kebenaran untuk mengendalikan Perkhidmatan pakej umrah menggunakan Visa Pelancongan Arab Saudi bagi tahun ini.
Menurut Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), dengan kebenaran yang diberikan berkenaan, pada masa ini sebanyak 18 buah syarikat pelancongan telah mendapat kebenaran untuk mengendalikan perkhidmatan berkenaan bagi 2023.
Syarikat-syarikat berkenaan adalah Darussalam Services Sdn Bhd, Straits Central Agencies Sdn Bhd, Raudah Al-Amin Sdn Bhd, Continental Yachting Sdn Bhd, Dar El-Ehsan Travel & Tours Sdn Bhd, Al-Hijrah Travel & Tours Sdn Bhd, Titian Travel & Tours Sdn Bhd, At-Taqwa Travel Tours Sdn Bhd, Az Back to Nature Travel & Tours Sdn Bhd, Al-Baraka Travel Services Sdn Bhd, Balurih Travel Sdn Bhd, El-Abqari Travel & Tours Sdn Bhd, Lamisa International Tours & Travels Sdn Bhd, Mustaqim Travel & Tours Sdn Bhd, Humaira Travel Centre (Borneo) Sdn Bhd, JB Travel Agencies Sdn Bhd, Al-Abraj Travels & Tours Sdn Bhd dan As Safa Travel & Tours Sdn Bhd.
Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menunaikan ibadat umrah bolehlah mengikuti dan berhubung terus dengan syarikat-syarikat yang dibenarkan tersebut.


