KABUL, 4 MEI – Banjir kilat dan ribut membunuh sekurang-kurangnya 18 orang selepas melanda di beberapa buah wilayah di Afghanistan sejak lima hari kebelakangan, menurut pegawai hari ini.
Berpuluh-puluh rakyat Afghanistan terkorban setiap tahun dalam hujan lebat, terutama di kawasan luar bandar yang miskin di mana rumah kediaman tidak dibangunkan dengan sempurna berisiko runtuh.
Timbalan menteri bagi pengurusan bencana, Sharafuddin Muslim berkata bencana terbaharu berlaku di wilayah Faryab dan Parwan, serta beberapa buah kawasan di wilayah lain.
Dalam kenyataan menerusi video, Muslim berkata, ”18 hingga 20 orang telah terkorban di seluruh 10 wilayah,” dan lebih 100 buah rumah musnah.
Dua lagi masih hilang sementara 30 dilaporkan mengalami kecederaan.
Pasukan bantuan dikerahkan di kawasan terjejas dengan khemah dan makanan serta pihak berkuasa mengagihkan wang tunai kepada keluarga yang terkorban, menurutnya.
Sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos tahun lalu, sumbangan dana luar dan skim bantuan bencana ditarik semula secara dramatik.
Negara-negara barat risau bahawa sebarang bantuan akan menguatkan pemerintah baharu Kabul untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam kerajaan.
Usaha menyelamat sejak itu diberikan kepada Taliban sendiri, yang membiayai pemberontak sejak dua tahun kebelakangan dan kurang berpengalaman dalam pengurusan kecemasan.
Kejadian banjir kali ini berlaku ketika cuti Hari Raya Aidilfitri selepas menjalani ibadah puasa selama sebulan yang berakhir pada Sabtu di Afghanistan. – AFP
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2022/05/P11-A-WEB_05052022.jpg)